06 June 2010

Memuat turun file audio dari Youtube

Youtube, ada sesiapa yang tak kenal? Laman web perkongsian video yang paling berjaya. Kebelakangan ni, kelajuan internet di kawasan aku amat laju dan untuk melayari serta menonton video amatlah mudah. Hobi aku yang terbaru adalah mendengar lagu di laman web berkenaan sambil buat kerja lain. Tak perlu nak download lagu lagi. Terdapat banyak playlist dalam youtube. Korang search la sendiri.

Tetapi kadang kala, terasa nak download lagu tersebut. Samada simpan dalam handphone untuk jadikan ringtone, ataupun hantar kat awek korang.hehe.. Maksud aku, bukan download file video tersebut, itu boleh dilakukan dengan mudah menggunakan perisian IDM. Di sini aku nak kongsi cara mudah memuat turun fail MP3 iaitu file audio daripada youtube tanpa file video.

Mula-mula, korang perlu dapatkan URL video daripada youtube. Seperti dalam gambar di bawah, URL tersebut telah aku tanda dengan kotak merah.


Selepas tu, korang buka lawan web ini, listentoyoutube.com dan paste url daripada youtube ke dalam kotak yang disediakan. Seterusnya pilih kualiti file MP3. Aku sarankan pilih sahaja High Quality.


Selepas korang tekan butang 'GO', laman web berkenaan akan menukar file video dalam youtube kepada file MP3. Selepas itu korang muat turun sahaja file tersebut daripada laman web yang aku berikan sebentar tadi. Laman web tersebut juga menyediakan fungsi bagi preview serta link untuk dikongsi.



Al-Quran

Sahih Muslim