28 December 2009

Hari Asyura - 10 Muharram

10 Muharram pada tahun ini jatuh pada 27 Disember 2009 (semalam) dan baru hari ini aku dapat membuat posting berkenaan tarikh penting ini yang dianggap istimewa oleh umat Islam samada golongan Sunni atau Syiah, hatta orang Yahudi sendiri. Dan sesuatu yang istimewa, 10 Muharram jatuh pada 2 tarikh dalam tahun 2009 iaitu pada 8 January 2009 dan semalam. Mari kita berkongsi sedikit maklumat berkenaan tarikh ini.

Perkara yang sinonim berkenaan 10 Muharram di Malaysia adalah bubur Asyura. Majoriti umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain. Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam. Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni.

Namun ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:
Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).
Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.
Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
Selain itu, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.
Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).
Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

Berlainan pula dengan golongan Syiah yang menjadikan tarikh 10 Muharram bagi meratapi pembunuhan kejam Saidina Hussain bin Ali r.a. cucu Rasulullah S.A.W. di Karbala.

Sumber:




21 December 2009

Siri mesyuarat rahsia Korea Utara, Selatan

SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan dilaporkan mengadakan satu siri mesyuarat rahsia untuk membincangkan kemungkinan satu sidang kemuncak, tetapi gagal mencapai persetujuan berikutan perbezaan mengenai bantuan makanan, program nuklear dan perkara sensitif lain.

Kedua-dua pihak mengadakan satu mesyuarat rahsia pada Oktober lalu di Singapura dan dua mesyuarat susulan pada November di bandar sempadan Korea Utara untuk membincangkan satu sidang kemuncak di antara Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, lapor agensi berita Yonhap yang memetik sumber tidak dikenali.

Katanya, Korea Selatan menolak permintaan Korea Utara bagi 100,000 tan bantuan makanan sebagai balasan untuk diadakan sidang kemuncak itu. Pegawai Pyongyang sementara itu menolak permintaan Seoul agar sidang kemuncak itu membincangkan program nuklear Korea Utara.

Sumber : Berita Harian Online
Tarikh : 21/12/2009

Pegawai Mesir lawat Israel bincang isu damai

BAITUL MAQDIS 21 Dis. - Ketua perisikan Mesir, Omar Sulaiman berada di Israel semalam untuk menemui pegawai atasan dalam lawatan tidak rasminya ke negara yahudi itu, kata pegawai Israel.

Menurut para pegawai, Omar dijadual menemui menteri pertahanan yahudi, Ehud Barak dipejabatnya di Tel Aviv diikuti mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Benjmin Netanyahu, selaku ketua perkhidmatan risikan asing Israel, Mossad.

Pertemuan tersebut dijadual akan turut membincangkan mengenai langkah pembaharuan ke arah perdamaian di Asia barat. – AFP

Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 21/12/2009

09 December 2009

Vocab of the Day : Embezzlement


Embezzlement atau Penggelapan merupakan satu bentuk jenayah wang yang melibatkan pengambilan dana atau harta daripada majikan, syarikat atau kerajaan. Ia juga melibatkan penyalahgunaan wang atau aset yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang.

Contoh ayat:-

" No embezzlement found in Rawang-Ipoh rail project. The PAC has not found a case of misappropriation in Rawang-Ipoh double tracking project, the cost of which was 32.9% more than original cost."

Al-Quran

Sahih Muslim