04 November 2008

Tetap Pendirian?



Sudah agak lama aku tak menulis di ruang maya ini. Terlalu sibuk dengan pelbagai perkara. Peribadi, akademik, persatuan. Hanya design yang kerap bertukar. Cuba mencari sesuatu yang aku rasa selesa dengannya. Yang dapat aku rasa bangga. Walaupun tidak pada orang lain.

Dalam apa pun perkara yang aku buat, pandangan manusia lain itu perkara kedua. Mungkin ketiga, keempat, malahan mungkin terakhir dalam senarai prioriti. Yang penting aku rasa selesa, aku rasa perkara yang aku buat adalah yang terbaik untuk diriku.

Satu nasihat pernah aku lafazkan pada seorang rakanku supaya mengubah bentuk tulisannya.

"Aku tak mahu menjadi manusia yang selalu berubah pendirian", jawapannya.

Apakah berubah pendirian itu perkara yang tidak baik? Berubah untuk menjadi yang terbaik. Aku manusia yang tak pernah selesa dengan sesuatu perkara. Sentiasa mahu berubah. Seperti design blogku. Seperti tulisan tanganku. 

Perubahan itu penting, agar manusia terus memacu ke hadapan. Menjadi manusia yang lebih baik.

Tetapi, dalam setiap perkara ada asasnya. Perlulah ada suatu perkara yang dipegang teguh. Agar perubahan yang dilakukan tak menjadikan kita manusia yang terjerumus ke kancah kehancuran.

Yang penting, berubahlah selagi ada ruang. Dan, berfikir dengan akal dan iman yang dikurniakan Ilahi.

No comments:

Al-Quran

Sahih Muslim