17 May 2011

Suvarnabhumi



Tak tergambar kebesaran Allah
Dia bagi aku peluang melihat ciptaanNya
Meneliti keagunganNya

Tak tercapai dek akal yang cetek ini
Bagaimana pesawat yang berat boleh terbang 24 000 km dari aras laut
Bagaimana awan boleh terapung tanpa tiang
Dengan bentuk yang pelbagai
Yang aku pasti setiapnya ada erti
Seolah ada kerajaan lain di atas langit yang biru

Semakin tinggi ke udara
Semakin kecil manusia
Semakin terasa kerdilnya diri ini
Semakin terasa kebesaranNya
KekuasaanNya mentadbir alam ini

19 April 2011

Hingga Hujung Nyawa

video

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerana takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahagia bersamamu

Tajuk Nasyid : Kekasih
Artis : Devotees
Album : Devotees

13 April 2011

Doa Buat Kekasih

BINGKISAN DOA..
seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi..

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHI..
Iringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi

tetapi Ya Allah,jika telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku,bawalah ia jauh dari pandanganku
luputkanlah ia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
berilah aku kekuatan ,melontar bayangannya ke dada langit..
hilang bersama senja nan merah
agar ku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

DAN YA ALLAH YANG TERCINTA..
Gantilah yang telah hilang
tumbuhkan kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya ALLAH Ya TUHANKU
Pasrahkanlah aku dengan takdirMU
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya ALLAH..cukuplah Engkau saja pemeliharaku di dunia dan akhirat..
dengarkanlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini,
jangan biarkan aku sendirian
di dunia dan akhirat
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

MAKA,KURNIAKANLAH AKU PASANGAN YANG BERIMAN..
SUPAYA AKU DAN DIA SAMA SAMA MAMPU MEMBINA KESEJAHTERAAN HIDUP
KE JALAN YANG ENGKAU REDHAI
DAN KURNIAKANLAH AKU KETURUNAN YANG SOLEH..

AMIN..AMIN..AMIN..YA RABBAL ALAMIN..

09 April 2011

SCAMPER Technique

Problem Solving Method using SCAMPER Technique

S - Substitution
C - Combination
A - Adaptation
M - Modification
P - Purposing
E - Elimination
R - Reversal & Rearrangement

19 March 2011

Serabut Day

Weekend ni planning full

Mahu jumpa kwn di KL
Mahu jumpa kwn di Bangi
Kalau sempat, mahu singgah Serdang jugak. Jumpa kwn.

Mahu pergi career fair di KLCC
Mahu shopping2 di KL

Tapi
Weekly Report belum siap lagi
Semalam Bos dah tanya.

How to settle all this?
First Thing First
& Begin Everything with The End in mind

01 March 2011

Sendiri..


Sungguh banyak yang ingin diluahkan
Terlalu banyak yang ingin diceritakan
Kisah suka, duka, & mistik mungkin


Tapi,
Tiada telinga yang ingin mendengar
Tiada hati untuk diluahkan
Tiada mulut untuk lawan bicara

Akhirnya,
Ku pendam semuanya sendiri..

19 February 2011

Allah Save The Best For Last

Dah lebih 3 bulan after our ultimate fighting.
Kami pun berpisah. Aku dah tak boleh terima dia lagi.
Sedih jugak, tapi biarlah aku merana sekarang.
Bersama pun tak mugkin akan bahgia.
Walaupun aku sayang sangat kat dia..

Tonight
Aku tidur awal
Kul 9 dah mengantuk gila
Plan nak solat dulu, dgr radio terus tertidur
Bangun kul 1, solat + FB + blogwalking
Found 1 entri dalam blog susudalambotol.
Nice artikel.

Hidd wrote :
Zaman sekolah bercinta dengan orang lain.
Zaman Universiti bercinta dengan orang lain.
Zaman bekerja bercinta dengan orang lain.
Bila berkahwin pun, dengan orang lain.
Bukan dengan orang yang dia bercinta makan tahun tu. 
Orang selalu kata, tak payah nak bercinta bagai nak rak masa belajar. Belum tentu pun kita kahwin dengan dia. Kau tunggu alam kerja, masa tu lah kau boleh pilih lelaki mana yang kau nak. Yang engineer, yang arkitek, yang lawyer, yang pegawai, yang photographer *eh? haha.* 
Hidup ini semata tentang PILIHAN. 
Nak yang handsome tapi perangai kaki betina?
Nak yang kaya tapi kaki pukul?
Nak yang hidup biasa tapi kaya agama?
Nak yang kuat membebel tapi hebat uruskan hal rumahtangga? 
Hitam atau putih?
Tinggalkan atau teruskan?
Terima atau makan hati dan perasaan? 
Setiapnya mesti ada dua. Untuk pilih menjadi satu sememangnya sukar walaupun sebenarnya pilihan itu sudah terperap lama di depan mata. Cuma hati yang masih berbelah bahagi jalan mana paling sesuai untuk diri sendiri. 
Kalau ia berkenaan jodoh, usah hendak dikalutkan sangat. Satu masa, jodoh akan datang sendirinya. Kalau Tuhan putuskan hubungan itu sekarang, maksudnya pasangan kamu itu bukan jodoh kamu yang tepat. Tidak ada apa yang hendak kita raungkan. Perit untuk permulaan sahaja dan kemudian kita akan rasa lega dan redha menerimanya. 
Berkahwin dan ada anak adalah satu sijil PhD buat aku. Terlalu banyak yang kita belajar tentang kehidupan. Bertolak ansur, berbincang, mencari duit, membayar segala hutang piutang dan paling seronok hubungan halal di sisi Tuhan. Pada mula memang semua pasangan suami isteri pun akan ada masalah untuk memahami perangai masing-masing. Dan untuk memahaminya, kita semua perlukan masa bukan paksaan. 
Orang kata, dah berkahwin ni lantak kitalah nak buat apa. Memang betul, tapi lebih banyak hati dan perasaan yang kita hendak jaga. Dan paling penting kena tahu aib suami letak dan simpan di mana. Bukan untuk dijaja. Mungkin ada yang bercerita dengan orang terdekat dan berharap supaya orang yang dipercayai itu dapatlah menyimpan semua yang tersurat itu rapat-rapat. 
Mengenali seseorang itu perlukan masa.
Setelah cukup tempohnya, pilihan pun tiba.
Dan semua keputusan adalah atas hati dan diri kita.
Kita yang nak hidup dengan dia.
Bukan orang lain.
 Like someone said to me
"Allah save the best for last"
Aku cuma doa Allah berikan yang terbaik untuk aku
Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu

Al-Quran

Sahih Muslim