28 December 2009

Hari Asyura - 10 Muharram

10 Muharram pada tahun ini jatuh pada 27 Disember 2009 (semalam) dan baru hari ini aku dapat membuat posting berkenaan tarikh penting ini yang dianggap istimewa oleh umat Islam samada golongan Sunni atau Syiah, hatta orang Yahudi sendiri. Dan sesuatu yang istimewa, 10 Muharram jatuh pada 2 tarikh dalam tahun 2009 iaitu pada 8 January 2009 dan semalam. Mari kita berkongsi sedikit maklumat berkenaan tarikh ini.

Perkara yang sinonim berkenaan 10 Muharram di Malaysia adalah bubur Asyura. Majoriti umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain. Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam. Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni.

Namun ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:
Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).
Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.
Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
Selain itu, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.
Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).
Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

Berlainan pula dengan golongan Syiah yang menjadikan tarikh 10 Muharram bagi meratapi pembunuhan kejam Saidina Hussain bin Ali r.a. cucu Rasulullah S.A.W. di Karbala.

Sumber:




21 December 2009

Siri mesyuarat rahsia Korea Utara, Selatan

SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan dilaporkan mengadakan satu siri mesyuarat rahsia untuk membincangkan kemungkinan satu sidang kemuncak, tetapi gagal mencapai persetujuan berikutan perbezaan mengenai bantuan makanan, program nuklear dan perkara sensitif lain.

Kedua-dua pihak mengadakan satu mesyuarat rahsia pada Oktober lalu di Singapura dan dua mesyuarat susulan pada November di bandar sempadan Korea Utara untuk membincangkan satu sidang kemuncak di antara Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, lapor agensi berita Yonhap yang memetik sumber tidak dikenali.

Katanya, Korea Selatan menolak permintaan Korea Utara bagi 100,000 tan bantuan makanan sebagai balasan untuk diadakan sidang kemuncak itu. Pegawai Pyongyang sementara itu menolak permintaan Seoul agar sidang kemuncak itu membincangkan program nuklear Korea Utara.

Sumber : Berita Harian Online
Tarikh : 21/12/2009

Pegawai Mesir lawat Israel bincang isu damai

BAITUL MAQDIS 21 Dis. - Ketua perisikan Mesir, Omar Sulaiman berada di Israel semalam untuk menemui pegawai atasan dalam lawatan tidak rasminya ke negara yahudi itu, kata pegawai Israel.

Menurut para pegawai, Omar dijadual menemui menteri pertahanan yahudi, Ehud Barak dipejabatnya di Tel Aviv diikuti mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Benjmin Netanyahu, selaku ketua perkhidmatan risikan asing Israel, Mossad.

Pertemuan tersebut dijadual akan turut membincangkan mengenai langkah pembaharuan ke arah perdamaian di Asia barat. – AFP

Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 21/12/2009

09 December 2009

Vocab of the Day : Embezzlement


Embezzlement atau Penggelapan merupakan satu bentuk jenayah wang yang melibatkan pengambilan dana atau harta daripada majikan, syarikat atau kerajaan. Ia juga melibatkan penyalahgunaan wang atau aset yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang.

Contoh ayat:-

" No embezzlement found in Rawang-Ipoh rail project. The PAC has not found a case of misappropriation in Rawang-Ipoh double tracking project, the cost of which was 32.9% more than original cost."

08 November 2009

Ketika Cinta Hanyalah Kasih Sayang



Aku ingin kenangan itu kembali

Ketika kita masih bahagia
Ketika kau hanya ada aku
Ketika kau masih setia
Ketika aku masih percaya
Ketika cinta hanyalah kasih sayang

Aku ingin kenangan itu kembali

07 November 2009

Dunia Tidak Lain Hanya Senda-gurau & Main-main



“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (al-Hadiid: 20)

03 November 2009

Dalam Setiap Kesukaran....

... ada kemudahan



[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Surah Ash-Syarh

24 October 2009

Aku Di Sini



Aku Di Sini
Hari Ini
Tanpa Kau Di Sisi
Mengapa Ini Terjadi

Aku Di Sini
Kau Di Sini
Hari Ini
Mungkinkah Terjadi

Aku Di Sini
Hari Ini
Dengan Kau Di Sisi
Gembira Sekali

21 October 2009

Hari Tanpamu



Apakah tujuan anda berpuasa?
Salah satu tujuannya adalah agar kita dapat merasai bagaimana kehidupan fakir miskin yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dalam puasa, kita ambil sahur dan berbuka. Sama seperti mereka. Kita perlu sedar bahawa hidup mereka amatlah daif dan kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Walaupun sedikit. Janganlah sedikit kita syukur, banyak kita takbur.

Alhamdulillah, aku dapat menghabiskan puasa enam hari dalam bulan Syawal pada hari lahirku. Walaupun dugaan ketika itu amatlah berat kerana aku terpaksa melalui hari yang amat memenatkan dan meletihkan. Lebih-lebih lagi tanpa bantuan motosikalku. Aku tinggalkan motosikalku di kediaman Adik. Aku tiba di KL, Adik masih di Kampung. Terpaksalah aku mengharungi dua hari tanpanya. Iktibarnya :-

1. Aku merasai perasaan manusia yang tiada kenderaan sendiri. Bosan menunggu bas, letih berjalan.
2. Aku sedar stamina aku telah banyak berkurang. Jalan naik bukit sikit pun dah mengah.
3. Bantulah mereka yang dalam kesusahan. Seorang Bro telah tumpangkan aku naik ke Kolej Atas Bukit ketika melihat aku mendaki bukit keseorangan. Thanks Bro.
4. Baru aku tahu ada jalan pintas dari Kolej Za'aba ke Fakulti ku. Asalnya aku redah je.

Petang tadi, aku ke KL mengambil motosikalku. Adik baru pulang pagi tadi.
Jam 5 - Bertolak keluar
Jam 6 - Bertolak dari komuter ke KL Sentral. Tambang RM 3.30
Jam 6.45 - Bertolak ke KLCC menaiki Putra LRT. Tambang RM 1.60. Semasa aku membeli tiket, seorang OKU yang bisu terpaksa menggunakan telefon bimbit bagi membeli tiket di kaunter. Aku jeling di skrinnya, Wangsa Maju.
Jam 7 - Tiba di KLCC dan menanti Adik di LRT. Terlihat sahaja aku, terus menjerit
" Kenapa tak bawak beg?"

Usai solat Maghrib, kami makan di Subway dalam Food Court. Cara membeli di Subway:-
1. Pilih roti anda. Samada half (separuh) atau long (sepenuhnya).
2. Pilih inti anda. Biasanya ada Meal of the Day. Cubalah.
3. Pilih sayur anda.
4. Pilih sos anda.
5. Pilih air anda. Large di sini adalah 2 kali regular di McD atau KFC.
6. Bayar bil anda. Jika anda percaya dengan juruwang dan ingin selamatkan pokok, abaikan resit anda.

Selesaikan makan, Adik menyanyi.
"Happy Birthday to you..." sambil mengeluarkan kotak hadiah Body Shop. Aku mahu Hugo Boss. Haha.. Patutlah dia tanya kenapa aku tak bawak beg.




Bermakna sungguh hadiah tersebut. Kistna eau de toilette dari Body Shop. Memang wangi dan tidak menusuk hidung. Segar-segar murni je. Thanks dear.

17 September 2009

Selamat Hari Raya

Pagi semalam, sepatutnya aku ada kelas seramik dgn Dr Mariyam, tapi disebabkan aku tersedar jam 9.06, maka terpaksalah ponteng kelas. hehe..
Dan untuk mengisi masa lapang sambil mencari bahan-bahan untuk tesis, aku pun design kad raya untuk kawan-kawan dalam facebook aku. Sumber aku ambil dari kad raya yang aku hantar pada Adik - jangan marah k, Adik punya lagi special.hehe.. Dan terhasillah kad raya seperti di atas, bagi sesiapa yang tidak dapat, please provide your email ok.

Dan hari ini... aku ponteng kelas Getaran...

11 September 2009

New Layout


My new layout
With the new spirit

16 August 2009

Sakit Gigi


Kini sudah jam 4 pagi dan aku masih belum dapat melelapkan mata.
Esok perlu bangun awal untuk ke pejabat.
Harap aku tersedar esok pagi, itupun jika dapat tidur malam ini.

Selamat malam semua.. Bersyukurlah kerana kamu dapat tidur malam ini.

28 March 2009

.:Wanita:.


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

25 March 2009

Organic Waste Automatic Dustbin (OWAD)

Mahu memiliki?? Hakcipta terpelihara. Mari lihat OWAD beraksi.


Owad menyedut sisa buangan. Bagaikan vacuum.


Lihatlah bagaimana OWAD mengelak dinding. Hebat Sekali!!


Juga berfungsi seperti tong sampah biasa.

Trip ke Johor Bharu 1



20/3 - Jumaat

Menimbangkan pilihan perjalanan yang terbaik.

Keperluan:
  1. Dapat tiket selewatnya jam 9, kerana perjalanan ke JB menurut masyarakat sekeliling adalah 4 jam.
  2. Meminimumkan tambang perjalanan.

Pilihan:
  1. Dari Perbukitan Ilmu, naik komuter ke Bandar Tasik Selatan, tukar lrt ke pudu, beli tiket on the spot ke JB.
  2. Dari Perbukitan Ilmu, naik komuter ke Seremban, beli tiket on the spot ke JB. (Keberangkalian untuk dapat tiket di Seremban agak tipis, kalau dapat mungkin lambat.)
  3. Dari Perbukitan Ilmu ke Hentian Kajang, beli tiket sehari sebelum ke JB.(perlu melakukan survey terhadap tiket di Hentian Kajang.
Petang itu aku menempuh hujan renyai setelah selesai taklimat latihan industri ke Hentian Kajang. Nasib menyebelahi ada 1 bas yang akan ke JB dari Hentian Kajang. Yang lain dari Pudu. Ada 2 trip je. 9pg & 3ptg. Aku beli trip jam 9pg, rm32. Perjalanan selama 4 jam, tanpa berhenti.(diberitahu oleh penjaga kaunter). Bincang dengan adik, dia dh tempah hotel dekat apartment dia. RM70. Adui.. Dapat tidur rumah angah free, tapi jauh. Takpe la..

21/3 - Sabtu

Aku bangun awal. Kebiasaan?? Sejak akhir-akhir ni hidup aku tunggang langgang. Abaikan. Jam 8.15pg aku kejutkan Wan Ganu. Mintak hantar ke Hentian Kajang. Bagus rumet aku ni. 8.30pg tiba di Hentian Kajang. Sementara menunggu, berpusing sekitar Hentian Kajang. Baru aku tau ada Jabatan Pendaftaran Negara & Imigresen di sini. haha..
Jam 9pg menaiki bas Eagle ke JB. Wujud sangsi dalam benakku. Terlalu banyak seat yang kosong..
Jam 10pg, bas masuk tol Seremban. Damn It!! Cakap tak benti mana-mana, patut la banyak seat kosong!!
Jam 12.30 bas benti lagi untuk makan di Restoran Kim Guan. Damn It!!!! Kalau benti makan pun, benti la kat restoran melayu, mana ada orang nak makan kat Restoran Cina. Aku nampak " Ditanggung Halal". Tapi yang masak orang Cina, sape yang nak tanggung dosa, takkan orang cina tu plak. Bangang Betul!!
Jam 2ptg, aku selamat tiba di Hentian Larkin. adik baru nak kuar rumah. Aku beli tiket ke Seremban untuk esok. Dan aku pastikan bas tak benti di mana-mana.

Transnasional - JB/Seremban - 5jam,benti kat Tampin
Plusliner - JB/Seremban - 3jam

Aku beli tiket bas Plusliner, rm 26. Menunggu adik yang masih belum sampai, aku mencari surau. Masjid An-Nur yang aku jumpa, tingkat atas Hentian Larkin. Surau An-Nur ada kat Bangi. Solat Zuhur di Masjid An-Nur. Jam 2.30, dapat mesej

"Adik dah sampai, adik tunggu kat Caltex k."

Caltex?? aku mana la tau Caltex tu kat mana.. Aku call adik, tanya kat mana. Dia suruh aku keluar dari Hentian Larkin, dia amat yakin aku akan jumpa Caltex yang amat besar menurutnya. Aku mencari... Pejabat Tanah aku jumpa la, Caltex tak jumpa pun..
Adik bagi mesej lagi

"Salah tempat rupanya..kt imigresen..jap ea.."

HAHA!! Aku dah dapat meramalnya. Adik pun baru lagi kat JB ni. Dia praktikal kat Hospital Sultanah Aminah. Jadi, aku tak salahkan dia.
Jam 3ptg, baru dia sampai dengan kawannya, Faz.

Aku buat muka stress dalam kereta. Tak marah pun sebenarnya. Kalau aku marah, membazir la aku datang JB ni.

bersambung....

28 February 2009

Aku Demam



Aku bukan minta jasa ku dikenang..

aku hanya minta belas ehsan dan simpati..

Bukan dipaksa menunggang motosikal di jalan raya sesak KL hingga minyak separuh kontang..

Bukan dibiarkan kesejukan dalam panggung wayang yang ber'sound system' teramat kuat..

Bukan dipaksa membawa 2 helmet mengelilingi KLCC...

Aku lemah..terasa ingin tumbang disitu juga..

Aku hanya minta simpati..setelah luka lama berdarah kembali..harap kau mengerti..

27 February 2009

Apa Khabar Dunia


Post terakhir 4 Nov 2008. Hari ini 27 Feb 2009 bersamaan 2 Rabbi'al-Awwal 1430H.

Sudah berbulan2 blog ini tidak dikemaskini sehingga aku lupa password.(teruk bukan?)

Kepada pembaca2 setia, harap sabar menunggu post terbaru.

Hingga berjumpa di lain waktu.

Wassalam..

Al-Quran

Sahih Muslim