21 December 2009

Siri mesyuarat rahsia Korea Utara, Selatan

SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan dilaporkan mengadakan satu siri mesyuarat rahsia untuk membincangkan kemungkinan satu sidang kemuncak, tetapi gagal mencapai persetujuan berikutan perbezaan mengenai bantuan makanan, program nuklear dan perkara sensitif lain.

Kedua-dua pihak mengadakan satu mesyuarat rahsia pada Oktober lalu di Singapura dan dua mesyuarat susulan pada November di bandar sempadan Korea Utara untuk membincangkan satu sidang kemuncak di antara Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, lapor agensi berita Yonhap yang memetik sumber tidak dikenali.

Katanya, Korea Selatan menolak permintaan Korea Utara bagi 100,000 tan bantuan makanan sebagai balasan untuk diadakan sidang kemuncak itu. Pegawai Pyongyang sementara itu menolak permintaan Seoul agar sidang kemuncak itu membincangkan program nuklear Korea Utara.

Sumber : Berita Harian Online
Tarikh : 21/12/2009

No comments:

Al-Quran

Sahih Muslim