17 May 2011

Suvarnabhumi



Tak tergambar kebesaran Allah
Dia bagi aku peluang melihat ciptaanNya
Meneliti keagunganNya

Tak tercapai dek akal yang cetek ini
Bagaimana pesawat yang berat boleh terbang 24 000 km dari aras laut
Bagaimana awan boleh terapung tanpa tiang
Dengan bentuk yang pelbagai
Yang aku pasti setiapnya ada erti
Seolah ada kerajaan lain di atas langit yang biru

Semakin tinggi ke udara
Semakin kecil manusia
Semakin terasa kerdilnya diri ini
Semakin terasa kebesaranNya
KekuasaanNya mentadbir alam ini

1 comment:

zakiyahpar said...

Assalamu'alaikum... :-)

Suvanarbhumi tu kat mana?

Al-Quran

Sahih Muslim