06 October 2008

Entri Pertama


Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Aku minat membaca blog yang ditulis dengan ayat yang lengkap, walaupun tatabahasanya tidak tepat. Bukan blog-blog yang ditulis dengan ayat sms, terasa perbezaan yang ketara. Selain sedap mata memandang, mudah dibaca, juga menambahkan minat pembaca. Pemilihan ayat & perkataan yang baik memainkan peranan yang penting. Saifulislam.com berjaya dari sudut ini. Salah satu sebab mengapa semangat untuk membina blog ini tercetus adalah lenggok bahasa yang digunakan dandeLinoid agak lain dari yang lain. Itu yang akan aku pelajari dari saudara Adib(kalau dia tak lekok.hehe..).

Blog-blog yang memperihalkan kehidupan manusia, kembara, pengalaman hidup lebih aku gemari berbanding blog-blog politik dan cetusan pendapat. Apabila membaca blog-blog pengalaman hidup seseorang, seolah-olah aku yang melalui pengalaman tersebut.

Apasekalipun, aku harap aku akan dapat teruskan blog ini dengan baik. Aku tak harap orang lain baca blog aku, sebab aku nak jadikan blog ni macam diari aku. So, kalau orang yang aku kenal, aku kutuk dalam blog ni pun tak de hal. Komen-komen membina amatlah diharapkan.

Wassalam..


1 comment:

Anonymous said...

minat menulis hanya ada pada insan yg dianugerahkan dengan keupayaan menafsir dan menghuraikan sesuatu kejadian.usaha anda menulis blog turut membantu insan lain dalam melalui kehidupan mereka.contohnya saya bakal present case study of patient setelah diberitahu untuk memperbetulkan semula di akhir waktu.membaca blog anda membuat saya berdebar, tersenyum, cuak n bermcm2 lagi la.anyway keep up your work coz i like it.=)

Al-Quran

Sahih Muslim